PIPP bakal lahir guru cemerlang, bertaraf dunia
Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010 merupakan satu perancangan lengkap yang bakal melahirkan guru berkualiti, cemerlang dan bertaraf dunia tanpa melupakan keperluan dan kebajikan profesion tersebut.
Presiden Persatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Ismail Nihat berkata, PIPP adalah satu konsep tepat dalam mewujudkan sistem pendidikan kelas pertama serta guru yang komited.
Menurutnya, ini dapat dilihat dari segi menambah baik pemilihan calon guru apabila Kementerian Pelajaran mengetatkan syarat pengambilan iaitu hanya calon yang berdedikasi dan menunjukkan komitmen tinggi terhadap jawatan itu dan bukannya berasas kepada akademik semata-mata.
‘‘NUTP melihat PIPP ini adalah rancangan yang terbaik bagi memartabat profesion keguruan dan memastikan guru yang berkualiti kekal dalam perkhidmatan pendidikan, namun begitu harapan kami ialah kepada sistem pelaksanaannya.
‘‘Diharap PIPP dapat dilaksanakan mengikut jadual supaya segala penambahbaikan dari segi memantapkan latihan, kerjaya, persekitaran dan kebajikan guru boleh dimanfaatkan oleh golongan tersebut dengan segera,’’ katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian ketika mengulas PIPP yang akan dijadikan garis panduan pembangunan pendidikan negara secara menyeluruh sepanjang tempoh lima tahun dalam RMK-9.
PIPP yang dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini merupakan satu dokumen perancangan pembangunan pendidikan yang bersepadu, komprehensif dan menyeluruh tidak tertumpu pada satu jenis sekolah, lokasi dan kaum.
Menurut Ismail, satu berita baik untuk guru ialah menambah baik perjawatan guru dan peluasan naik pangkat.
‘‘Mewujudkan gred kenaikan pangkat ke Pegawai Perkhidmatan Perguruan di kementerian dan Jabatan Pelajaran negeri (JPN) dan menambah kuota Guru Cemerlang adalah satu khabar gembira bagi guru,’’ katanya.
Yang Dipertua Persatuan Persidangan Kebangsaan Pengetua Sekolah Menengah, Azam Md. Atan berpendapat, konsep PIPP yang banyak memberi penekanan memantapkan kerjaya guru merupakan balasan kepada perjuangan guru selama ini.
Katanya, pelan untuk mewujudkan gred baru Guru Besar Cemerlang DG41 menunjukkan keprihatinan kementerian dalam menambah bilangan guru siswazah.
‘‘Malah, menyediakan laluan pintas berasaskan merit dan prestasi dan bukan berdasarkan kekananan akan mempercepatkan kenaikan pangkat bagi golongan guru muda yang berkaliber.
‘‘Begitu juga dengan mewujudkan tambahan staf sokongan bagi membantu guru membuat kerja pentadbiran yang selama ini menjadi rungutan guru yang terbeban dengan kerja-kerja tersebut selain daripada mengajar,’’ ujarnya.
Sementara itu, menurut Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Guru, Awang Mohamad, mewajibkan guru baru berkhidmat di kawasan pedalaman adalah suatu idea yang positif bagi melihat komitednya golongan itu terhadap profesion.
Bagaimanapun, katanya, guru yang hendak ditempatkan itu perlu diberi pendedahan kepada keadaan lokasi sebenar supaya apabila diarahkan, mereka bersedia dengan persekitaran yang begitu asing itu.
Sehubungan itu, jelasnya, cadangan untuk memantapkan latihan guru dengan membanyakkan amali daripada teori dialu-alukan.
Oleh: SADATUL MAHIRAN ROSLI 170107UM

Comments