gurun

nota tentang gurun

Fail:Deserts.png

  1. iklim gurun juga dipanggil iklim gersang, ialah sejenis iklim yang bersuhu sederhana dan mengalami curahan hujan yang terlalu sedikit untuk menampung tumbuh-tumbuhan, jika adapun cuma pook renek yang jarang
  2. mengalami kurang daripada 250mm (10 inci)curahan hujan setahun
  3. terdapat tiga variasi iklim gurun iaitu
  •  iklim gurun panas
  • iklim gurun sejuk
  • iklim gurun sederhana
iklim gurun panas
1. iklim gurun panas dijumpai di kawasan subtropika yang menerima cahaya matahari tanpa henti sepanjang tahun disebabkan udara turun yang stabil dan tekanan tinggi.
2. suhu maksimum sekitar 40°C hingga 45°C, khususnya pada bulan-bulan yang lebih panas dalam setahun. Pada masa yang lebih sejuk, suhu malam mampu menjunam ke bawah takat lebur kerana kehilangan sinaran yang ketara sekali di bawah langit cerah; itupun jarang sekali suhunya turun terlalu ke bawah takat lebur.
3. kawasan beriklim gurun- Sahara, Arab Saudi, iran dan Irag, kawasan barat laut india, kawasan barat daya Amerika syarikat, Mexico utara, Afrika Selatan dan kebanyakan Tanah Australia.

Iklim gurun sejuk
  1. jarang ditemui. iklim gurun biasanya ditemui di zon iklim sederhana
  2. musim panas amat panas dan kering kontang tapi tidakla sepanas iklim gurun panas.
  3. iklim gurun sejuk digeruni kerana musim sejuk yang teramat sejuksehingga jauh menjunam di bawah takat lebur.
iklim gurun sederhana
  1. ditemui di sepanjang pantai barat benua di lokasi tropika atau hampir tropika.
  2. bersuhu lebih sederhana dari tempat lain yang sama garis lintang(disebabkan wujudnya arus lautan seju berdekatan) serta sering mengalami kabut dan awan rendah
  3. bandaraya utama yang beriklim gurun sederhana -Lima, Peru, Sanaa,Yaman dan Walvis Bay, Namibia.


Popular posts from this blog

refleksologi kaki

APA ITU TENAGA NUKLEAR?

MARI INGAT SIRI ELEKTROKIMIA