pluto bukan planet
PLANET KERDIL (‘DWARF PLANET’)
Pertama sekali kita lihat mengapa planet Pluto diturunkan status kepada planet kerdil?
Ahli astronomi telah menemui objek baru yang lebih besar daripada Pluto berada luar daripada orbitnya. Objek ini dipanggil Eris, dan ia adalah beberapa ratus kilometer lebih besar daripada Pluto. Kesatuan Astronomi Antarabangsa ('International astronomical Union - IAU’) terfikir adakah objek ini juga boleh dipertimbangkan sebagai planet?
Dengan itu, mesti Sistem Suria akan mengandungi 10 planet atau lebih.
perjumpaan IAU telah mencapai kata sepakat bahawa planet perlu ada ketiga-tiga ciri berikut
- ia perlu mengorbit matahari
- ia mempunyai graviti yang cuup untuk menarik dirinya untuk membentuk bola
- ia tidak mempunyai objek-objek lain yang sama atau lebih besar berdekatan dengan orbitnya
Jadi, IAU membuat keputusan bahawa Pluto dan Eris dikelaskan semula sebagai planet kerdil. Asteroid Ceres juga memenuhi ciri – ciri berikut, oleh itu ia juga merupakan planet kerdil juga.
Sekarang mari kita lihat definisi planet dan planet kerdil.
Definisi Planet daripada IAU (‘Definition of planet by IAU’) – 24 Ogos 2006 (‘August 24, 2004’)
Tiga kriteria yang jelas dalam definisi planet, seperti di bawah:
- objek tersebut mesti beredar mengelilingi matahari
- jasad itu mempunyai jisim yang cukup,membolehkan daya-daya jasad tegar, dengan itu ia berada dalam bentuk keseimbangan hidrostatik(hampir bulat). dalam kata yang lebih ringkas, objek mempunyai daya graviti yang mencukupi untuk mengekalkan bentuk sferanya.
- objek dikelilingi oleh objek-objek lain yang sama atau lebih besar berdekatan dengan orbitnya.
Definisi planet kerdil
planet kerdil ditafsirkan sebagai jasad cakrawala
- objek tersebut mesti beredar mengelilingi matahari
- jasad itu mempunyai jisim yang cukup, membolehkan daya gravitinya untuk mengatasi daya jasad tegar, dengan itu ia berada dalam bentuk keseimbangan hidrostatik(hampir bulat). dalam kata yang lebih ringkas, objek mempunyai daya graviti yang mencukupi untuk mengekalkan bentuk sferanya.
- objek dikelilingi oleh objek-objek lain yang sama atau lebih besar berdekatan dengan orbitnya.
- ia bukan satelit
Pluto, sebelum ini merupakan planet ke sembilan yang paling kecil.
Ceres, asteroid terbesar di dalam jalur asteroid yang berada di antara Marikh dan Jupiter.
Tiga lagi planet kerdil ialah Eris, Makemake dan Haumea.
Pluto, Makemake, dan Haumea mengorbit Matahari di pinggir Sistem Solar yang agak berais di Jalur Kuiper. Eris, juga dikenali sebagai objek Trans-Neptunian, adalah lebih jauh dari Matahari.
Gambar ini menunjukkan saiz sebenar tiga planet kerdil (Eris, Ceres dan Pluto) dibandingkan dengan Bumi. Ia juga menunjukkan perbandingan bulan Pluto yang besar iaitu Charon (dan dua lagi bulannya yang kecil iaitu Nix dan Hydra) dan bulan Eris iaitu Dysnomia mengikut skala. Gambar juga menunjukkan perbandingan saiz bulan Bumi (Luna) dan planet Marikh.
sumber: cikgunaimanblog