BUMI

Bola angkasa yang laju


  • merupakan sebiji bebola batu besar yang bergerak dalam ruang angkasa dengan kelajuan hampir 3000 meter saat.
  • berat bumi 6000 juta,juta,juta tan.
  • 2/3 daripada permukaan bumi berbatu-batan diliputi air yang menjadi laut dan lautan. permukaan yang tidak diliputi air menjadi daratan
  • persekitaran bumi dikelilingi oleh lapisan yang dikenali sebagai atmosfera, yang terletak 700 kilometer dari permukaan Bumi, selepas atmosfera ialah ruang angkasa.
Asal-usul bumi
  • bumi berasal daripada gumpalan awan dalam angkasa.ahli sains sberpendapat bahawa bumi terbentuk daripada segumpalan besar awan yang berisi gas dan debu,kira-kira 4500 juta tahun yang lalu. gas dan debu terhasil daripada sisa bintang lama yang sudah meletup ataupun sudah tidak bersinar lagi. bintang yang baharu dan planet terbentuk di sini.
  • proses-proses pembentukan
  1. gumpalan awan berputar
  2. debu bergabung menjadi ketulan batu yang membentuk planet ecil
  3. bumi mula sejuk dan lapisan kulit keras terbentuk
  4. gunung berapi meletus dan membebaskan gas dan membantu pembentukan atmosfera pertama
  5. bumi terdiri daripada satu daratan yang luas tetapi kini terbahagi kepada tujuh bahagian yang dikenali sebagai benua.
  • berjuta-juta batuan besar yang dikenali sebagai meteorit jatuh terhempas ke bumi, bulan juga turut terkena hentaman batuan di angkasa dan menghasilkan kawah besar serta membentuk gunung setinggi 5,000 meter.
  • letusan gunung berapi dan angin ribut membantu pembentukan atmosfera dan lautan. pembentukan itu menghasilkan tenaga yang diperlukan hidupan di bumi.
Putaran Bumi

  • bumi tidak berputar tegak tetapi condong sedikit ke satu arah. bumi mengambil masa 24 jam untuk menyempurnakan satu putaran lengkap iaitu bersamaan satu hari.
  • putaran bumi menghasilkan siang dan malam, salah satu bahagian bumi berputar menghadap matahari dan kemudian berpaling dari matahari pada setiap hari. apabila bumi menghadap matahari, terjadilah waktu siang manakala bahagian membelakangi matahari menjadi waktu malam
  • bumi berputar di atas kutubnya. Bumi berputar pada dua titik di permukaannya. titik tersebut bertentangan di antara satu sama lain. kutub utara dan kutub selatan, cuaca di kedua kutub ini sangat sejuk kerana permukaan kedua-dua kutub ini diliputi ais dan salji.
  • bumi mengelilingi matahari atas landasan yang disebut orbit.  Bumi mengambil masa selama setahun untuk melengkapkan satu pusingan. Dalam tempoh itu, bumi berputar sebanyak 365 dan satu per empat kali.
Struktur Bumi/Rupa bentuk Bumi




Bahagian
 

                          Ciri-ciri
Kerak bumi
a.      merupakan lapisan luar bumi
b.      paling nipis dan keras
c.      ketebalan  20-70 km
d.      sebahagian besarnya terdiri daripada batu granit
e.      kerak bumi terbahagi kepada kepingan tebal batuan yang disebut plat
 
    Mantel
a.      lapisan yang mengelilingi teras bumi
b.      ketebalannya 2900 km
c.      terdapat arus perolakan
d.      suhu 3000°  C
e.      mantel yang bergerak dengan perlahan di bawah kerak bumi menggerakkan plat merentasi permukaan bumi.
Teras bumi



a.      terdiri daripada teras luar dan teras dalam
  • teras dalam berukuran2,500km lebar. suhu 6000° C.  kaya dengan nikel dan besi ,      tekanan tinggi
  • teras luar tebalnya kira-kira 2,200km,terdapat lapisan cecar besi dan nikel yang mengalir panas.
 


Popular posts from this blog

refleksologi kaki

APA ITU TENAGA NUKLEAR?

MARI INGAT SIRI ELEKTROKIMIA