Tuesday, August 26, 2014

Atasi sindrom menopaus…

Atasi sindrom menopaus…


Monopaus adalah sindrom yang sangat menegangkan dan cukup menganggu kebanyakan kaum wanita. Sakit kapala, berkeringat ataupun tulang yang mula rapuh adalah antara gejala monopaus.  Oleh kerana itu selain dengan datangnya saat monopaus, kadang-kadang ia juga mengundang pelbagai jenis penyakit.
Untuk itu anda harus segera mengatasinya dengan pelbagai cara agar semua masalah dapat diatasi.  Satu cara mengatasi ialah dengan mengambil makanan yang bergizi.  Sumber makanan yang dapat mengatasi hal tersebut di atas atara lainnya makanan yang berbahan dasar seperti tempe, tauhu dan susu segar.
Makanan diatas semuanya mengandungi ’isoflavon’, suatu kandungan bahan yang mampu mencegah serangan kanser pada wanita usia monopaus selain itu juga kekacang, bawang putih, bijirin, kentang( berguna untuk mengurangkanjerawat atau mengatasi wajah berminyak yang biasa dialami wanita monopaus), buah-buahan seperti epal, betik,limau ataupun kurma.  Jika memang merasa keperluan kalsium amat penting untuk mencegah pereputan tulang belum mencukupi, maka makanan tambahan (suolimen) kalsium juga boleh diambil untuk memenuhi keperluan tersebut.


Monday, July 14, 2014

LATIH TUBI SAINS UPSR BAHAGIAN B

·         Jika ada perkataan ‘ bergantung’ di depan
·         Jika ada perkataan ‘mempengaruhi’ di depan

1.      Saiz anak ayam bergantung kepada jumlah makanan yang diberikan sehari
Pembolehubah manipulasi :_____________________________________
Pembolehubah bergerak balas  :_________________________________
Hipotesis:___________________________________________________

2.      Ketinggian pokok bergantung kepada jenis tanah
Pembolehubah manipulasi :_____________________________________
Pembolehubah bergerak balas  :_________________________________
Hipotesis:___________________________________________________

Teknik menjawab sains UPSR

TEKNIK MUDAH MERANGKUMI 12 JENIS SOALAN SEPERTI:

Sebagai permulaan, kita akan melihat format dan kaedah dalam menjawab Bahagian B kertas Sains UPSR.
Sebenarnya, bahagian kedua ini amat mudah untuk diskor, dengan syarat murid setidak-tidaknya tahu teori asas Sains, dan tahu untuk menggunakan bahasa.

Bahagian ini ada 4 - 5 soalan yang wajib dijawab kesemuanya. Lazimnya setiap soalan memberi antara 4 - 5 markah. Oleh itu, markah penuh bahagian ini ialah 20 markah. Boleh dikatakan soalan-soalannya adalah diulang-ulang. Murid boleh menyemak daripada buku latihan koleksi UPSR yang lepas, atau latihan-latihan berformat UPSR yang ada di pasaran. Kita akan sedar soalan-soalan merangkumi 12 jenis soalan seperti:

1.     TUJUAN
2.     APA YANG DIUBAH (PM)
3.     APA YANG DIUKUR(PB)
4.     APA YANG SAMA(MALAR)
5.     BERIKAN 1MAKLUMAT ATAU 2 MAKLUMAT
6.     RAMALKAN
7.     APAKAH POLA ATAU CORAK PERUBAHAN
8.     APAKAH HUBUNGAN (HIPOTESIS)
9.     APAKAH KESIMPULAN
10.                        BERIKAN SEBAB (INFERENS)
11.                        NYATAKAN PEMERHATIAN
12.                        BERGANTUNG & DIPENGARUHI



“YOU MUST CHANGE FIRST,BEFORE TIME CHANGE IT’S”

Sunday, July 13, 2014

Teknik Menjawab Sains UPSR

JENIS-JENIS SOALAN DAN CARA MENJAWAB


      PEMBOLEHUBAH/DUA MAKLUMAT

                   i) Pembolehubah Dimanipulasi(apa yang diubah)   ( PD )
                     - Benda yang berbeza/tidak sama/tidak  serupa/berlainan.
                  ii) Pemboleubah Bergerakbalas (apa yang diperhatikan)  ( PB ) 
                     - Hasil ujikaji. 
                 iii) Pembolehubah Dimalarkan     ( PDM)
                     – Bendak yang sama/tidak berubah.

      Pembolehubah akan ditanya  dalam lima keadaan soalan.

i.                                    Jadual Kiri Kanan.
Bilangan sel kering   (PD)
Kecerahan mentol   (PB)

ii.                               Jadual atas bawah
Ketebalan (mm)                 (PD)
Masa Pengeringan (minit )      (PB)




Tip-Tip Belajar & Menghadapi Peperiksaan (UPSR, PMR & SPM



Pejam celik pejam celik dah dekat peperiksaan...dah bersedia? istimewa untuk murid/pelajar bakal menghadapi peperiksaan tidak lama lagi ni ada tips sangat berguna untuk diamalkan insyaalah semoga berjaya.....
Pelajar yang mengamalkan cara belajar yang betul akan lebih mudah mencapai kejayaan berbanding dengan pelajar yang belajar tanpa mengikut tatacara yang bersistem. Berikut ini disenaraikan dua puluh kaedah belajar yang berkesan untuk membantu pelajar berhadapan dunia peperiksaan.
1 – Tidak mensia-siakan biar pun seminit
Seorang pelajar yang cemerlang menggunakan masa yang teruang, masa pertukaran kelas, masa menunggu kereta sewa, masa sebelum hidangan makanan. Mereka boleh membaca satu atau dua soalan objektif atau ulangkaji pelajaran yang telah mereka baca.

2 – Membawa buku ke mana sahaja mereka pergi
Amalkan sikap membawa buku setiap ketika. Sikap ini bukan bermaksud kita mesti membaca buku tersebut. Kemungkinan diri anda tidak membaca apa-apa , tetapi ia memupuk jiwa bersungguh-sungguh dengan kewajipan terhadap pelajaran. Sikap ini membolehkan anda menyemai budaya belajar yang positif dan sikap bertanggungjawab terhadap pelajaran.


3 – Gunakan masa awal pagi
Gunakan sepenuhnya masa awal pagi untuk mengulangkaji pelajaran yang anda lemah. Pupukan semangat belajar pada awal pagi biar pun anda tidak terasa mahu membaca. Usaha ini akan menyemai semangat yang kental terhadap pelajaran dan membolehkan anda mulakan hari tersebut dengan azam untuk berjaya.


4 – Buat nota ringkas
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...