Jangan Teruskan Amalan yang Salah
Setiap wanita mengimpikan kulit yang cantik dan halus dan semestinya ia bukanlah impian semata-mata. anda berhak dan boleh memilikinya. namun begitu sering kali perawatan kulit yang salah dan juga masalah kulit sering kali memyebabkan impian wanita ini tidak kesampaian. Bagi memastikan kulit indah dan mulus menjadi milik anda, disini diberikan info tentang kulit, dan perawatan.
amalan penjagaan wajah yang salah pastinya akan menghalang anda memiliki kulit yang cantik dan sihat. ramai yang mengamalkan penjagaan kulit yang salah namun tidak menyedarinya gara-gara kurang pengetahuan. berikut adalah antaranya. Disini saya ingin berkongsi sedikit tip yang diperolehi daripada pembacaan di majalah wanita jom baca...
Jangan teruskan amalan yang salah
1. Memakai Sabun
sabun hanya akan membuat kulit dihidrasi, sebaiknya gunakan pembersih muka yang lembut. Sabun akan menghilangkan minyak semulajadi pada kulit yang diperlukan. Sabun itu adalah bahan pencuci seeloknya jangan menggunakan sabun untuk membersihkan muka.
2. tidak membersihkan wajah sepatutnya
jangan tunggu sampai waktu hendak tidur untuk membersihkan wajah. Selepas keluar dari rumah, bersihkan wajah dan sapukan produk perawatan kulit. cuci muka walaupun tidak mengenakan mekap. anda perlu membersihkan muka dari pencemaran dan debu
3. Tak memakai krim mata
jangan teragak-agak membeli krim mata mahal, gunakan pagi dan malam. mata merupakan bahagian pertama di wajah yang menunjukkan penuaan. produk yang diformulasi untuk bahagian mata mengandungi banyak nutrien yang diperlukan oleh mata berbanding pelembap biasa. Jangan abaikan bahagian mata, jia tidak anda mungkin mengalami masalah kantung mata yang membuat penampilan tidak segar.
4. kurang minum air putih
air putih adalah pelarut semulajadi. air putih membantu memecahkan masalah kulit dari dalam. air menganjalkan kulit dan membantu perjalanan darah. sebaiknny anda minum air sebelum benar-benar haus.
5. tidak memakai krim pelindung
Gunakan krim pelindung uv yang mengandungi SPF setiap hari. tiada istilah terlambat untuk melindungi kulit anda dari sinar matahari. biarpun lambat mengenakan krim tersebut di waktu matahari sudah meninggi, ia tetap ada perbezaan. menggunakan krim ini setiap hari akan melindungi kulit dari kedutan yang datang lebih awal serta jeragat yang mencacatkan penampilan wajah.
Comments