24 Perkara Jangan Dilakukan
Terlalu banyak majalah-majalah lama koleksi saya yang masih disimpan, nak buang sayang sebab banyak maklumat, ilmu dan info di dalamnya so sayang nak buang atau bakar, tapi ada diantaranya telah rosak dek digigit lipas, dan serangga (kutu2), sebelum ia rosak dan musnah terlintas difikiran saya untuk memilih artikal yang boleh dikongsi dan dijadikan panduan atau pedoman, belek punya belek saya tertarik dengan tulisan ini, jadi di sini saya nak kongsi....
Sesungguhnya di dalam hidup kita dikelilingi oleh perkara-perkara yang menyeronokkan. Tetapi itulah sesungguhnya yang mendatangkan keburukan kepada kita.
Di bawah ini terdapat 24 perkara yang jangan dilakukan yang seterusnya kita ambil iktibar supaya kita dapat memunasabah diri sendiri.
- Jangan sengaja lewatkan solat. perbuatan ini tidak disukai ALLAH SWT.
- Jangan masuk ke bilik air tanpa memaai alas kaki(selipar). dikhuatiri terbawa keluar najis dan mengotori seluruh rumah kita
- Jangan makan dan minum dalam bekas yang sumbing. makuh kerana ia membahayakan
- Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh. makruh dan mewarisi kepapaan.
- Jangan tidur selepas solat subuh, nanti rezeki mahal.
- Jangan makan tanpa membaca BISMILLAHHIRRAHMANNIRAHIM dan doa makan, nanti makanan yang dimakan adalah dari muntah syaitan
- Jangan keluar rumah tanpa niat membuat kebajikan atau kebaikan. takut-takut mati dalam perjalanan
- Jangan pakai kasut atau selipar yang berlainan pasangan. makruh dan mewarisi kepapaan.
- Jangan biar mata liar di perjalanan. nanti hati gelap diselaputi dosa
- Jangan bergaul bebas di tempat kerja, banyak buruk dari baiknya
- Jangan menangguhkan taubat bila berbuat dosa kerana mati datang bila-bila masa.
- Jangan ego untuk meminta maaf kepada kedua ibubapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah
- Jangan mengumpat sesama rakan taulan, nanti rosak silaturrahim
- Jangan lupa bergantung harap hanya dengan ALLAH SWT dalam setiap kerja kita. nanti sombong bila berjaya dan kecewa pula bila gagal
- Jangan Bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita
- Jangan banyak ketawa nanti mati jiwa
- Jangan biasakan berbohong kerana ia ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih sayang orang kepada kita
- Jangan Suka menganiaya manusia atau haiwan kerana doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH SWT
- Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia. akhirat itu lebih utama dan kekal selamanya. Carilah kehidupan dunia untuk akhirat
- Jangan duduk dalam bilik air terlalu lama kerana di situlah tempat tinggal jin kafir dan syaitan.
- Jangan merokok dan memasang kemenyan kerana asap itu adalah makanan jin
- Jangan lupa membaca BISMILLAHIRRAHMANNIRAHAIM dan salam ketika masuk ke rumah dikhuatiri jin dan syaitan masuk bersama.
- Jangan memakai tangkal erana ALLAH SWT tidak sempurnakan agama seseorang itu jika memakai tangkal ini adalah kerana dikhuatiri kita bergantung kepada tangkal bukan kepadan-NYA.
- Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata jangan sebab semuanya untuk kebaikan dan sesungguhnya ALLAH SWT itu lebih mengetahui. Yang baik itu adalah dari ALLAH SWT dan yang buruk itu dari hambanya juga. Wallahuallam.
Comments