Makanan untuk kecantikan dan kesihatan



Makanan seimbang adalah sumber yang diperlukan oleh tubuh untuk menjamin keperluan nutrien, untuk pertumbuhan maksimum dan kesihatan.  Berikut adalah jenis makanan untuk keperluan tubuh tampil cantik dan sihat.
Air
pelembap kulit paling berkesan.  Kesan kelembapan membuatkan kulit menjadi lembut dan halus.  Air juga mempercepatkan proses penghadaman serta mengelakkan badan daripada menyimpan banyak bahan buangan.

Susu tanpa air
sumber makanan yang baik dan mengandungi vitamin D serta kalsium yang sangat baik bagi tulang dan gigi yang kuat.

Oren
kaya dengan vitamin C bagi mengawal kesihatan kulit supaya kelihatan lembut dan bersih.

Daging&ayam tanpa lemak
sumber paling baik bagi protein rendah lemak ia juga kaya dengan niacin,vitamin B yang berfungsi membantu sel mengeluarkan tenaga di samping mengelakkan kulit daripada cepat berkedut.

Tiram
sumber asli yang baik yang mengandungi vitamin B12 bagi memberi anda tenaga.  Ia juga mengandungi zat kalsium, zat besi dan posporus. bagaimanapun bagi mereka yang berpenyakit alahan akibat iodin dalam tiram, dinasihatkan elakkan dari memakan tiram.

Sayur-Sayuran
kaya dengan vitamin C dan zat besi iaitu mengelakkan badan daripada kurang darah atau penyakit anemia. Tanda-tanda anemia ialah lemah,mengantuk,kulit kelihatan pucat, manakala kuku jari menjadi lebam.

Ikan Tuna
kaya dengan vitamin D, kalsium dan fosforus yang menguatkan tulang dan gigi.  mengurangkan jumlah kalori, belilah ikan tuna jenis yang tidak banyak lemak.  mereka yang mengalami alahan kepada ikan jenis ini janganla memakannya.

Comments

Popular posts from this blog

refleksologi kaki

APA ITU TENAGA NUKLEAR?

MARI INGAT SIRI ELEKTROKIMIA